THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, August 16, 2008

OLIMPIK

Sukan Olimpik: Pak Lah menaruh harapan

'Nampaknya dalam sukan badminton kita ada peluang' SEPERTI rakyat Malaysia lain yang cintakan sukan, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam menaruh harapan tinggi kepada kontinjen Malaysia untuk membawa pulang sekurang-kurangnya sebutir pingat emas buat julung kali dari Sukan Olimpik di Beijing. "Nampaknya dalam sukan badminton, kita ada harapan. Sudah masuk ke peringkat separuh akhir. Harapan mendapat pingat emas cerah. Ini akan jadi pingat emas pertama milik seorang rakyat Malaysia. "Inilah harapan kita, yang akan jadi wira terbilang," kata Perdana Menteri ketika merasmikan Anugerah Pertandingan MySkills 2008 dan Pelancaran Ekspo Kemahiran di ADTEC, Shah Alam, semalam. Abdullah merujuk kejayaan pemain perseorangan negara, Lee Chong Wei yang mara ke perlawanan akhir, semalam selepas berjaya menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il, 21-18, 13-21, 21-13 dalam saingan separuh akhir lelaki. Kata beliau, untuk menjadi terbilang, mereka perlu mendapat pengiktirafan peringkat dunia seperti ahli sukan Malaysia yang kini bertarung membawa pulang pingat Olimpik.
Katanya, seseorang ahli sukan itu belum boleh dipanggil terbilang jika mereka tidak mendapat pingat di Olimpik atau kejohanan dunia dengan memberi contoh, Datuk Nicol David sebagai atlit terbilang. "Malangnya, acara skuasy tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik. Kalau ada, sudah tentu kita dapat satu emas," katanya berseloroh.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday/Sukan/20080815234636/Article/index_html

mari kita sama-sama mengenal pasti fungsi gramatis dan jenis-jenis kata yang terkandung dalam artikel ini.selamat memeningkan kepala!

0 comments: